29/05/2019


WALAUPUN bertutup, debu dan habuk boleh masuk ke bahagian enjin menerusi celahan kecil bonet, atau boleh juga dari ruang bawah enjin yang terbuka. Jika dibiarkan, debu akan berkumpul dan menebal hingga menyebabkan enjin kotor.

Mungkin ini perkara remeh, tetapi perlu diketahui debu yang memenuhi bahagian enjin boleh membuatkan kerja enjin tidak optimum. Malah, berisiko merosakkan komponen elektrik. Namun, kerja membersihkan enjin pula tidak boleh dilakukan sembarangan.

Bahagian enjin ada beberapa komponen elektrik seperti pin sambungan kabel, unit kawalan elektronik (ECU) dan bahagian elektrik lain.




JADI BAGAIMANAKAH PENYELESAIANNYA?

Perkara pertama perlu dilakukan ialah periksa dulu bahagian elektrik yang boleh menyebabkan litar pintas jika terkena air. Bahagian itu perlu diselamatkan dulu dengan membalut menggunakan plastik supaya air tidak boleh masuk.

Kemudian, barulah proses mencuci boleh bermula. Berikut beberapa tip mencuci bahagian enjin dengan betul:

1. Sembur enjin guna air bertekanan rendah untuk menghilangkan debu yang melekat, terutama pada bahagian sukar dijangkau.
2. Letakkan cairan khas nyah gris untuk menanggalkan kotoran degil. Sekarang boleh mula memberus permukaan enjin secara perlahan guna berus halus.
2. Bahagian celahan kecil pula boleh guna berus gigi atau berus kecil yang boleh dibeli di kedai perkakasan. Jika berus gigi, pastikan bukan yang digunakan untuk menggosok gigi setiap hari.
3. Bilas enjin dengan air bersih untuk menghilangkan sisa kotoran, termasuk membilas sisa sabun yang masih melekat sekitar enjin.
4. Jika ada alat pistol angin, boleh gunakan untuk membersihkan sisa air di kawasan sempit.
5. Bagi mengelak kesan tompok air (waterspot), biarkan bonet terbuka 2-3 jam untuk memastikan bahagian enjin kering sempurna.
6. Kemudian buka kembali balutan kabel yang menutup komponen elektrik.
7. Sebaiknya proses cucian dilakukan di kawasan terbuka, tetapi bukan di bawah sinar matahari secara langsung supaya tidak merosakkan cat kereta.

Selepas kering sepenuhnya, hidupkan enjin sambil periksa semua komponen yang bersambung dengan sistem elektrik bermula lampu depan, kecemasan, brek dan signal, termasuk bahagian lain. Selamat mencuba!

kredit: pandulaju

Bagaimana Booking?

Hi saya dari Festive WS Tours Penang.

Jika ingin mendapatkan perkhidmatan Kereta Sewa Tuan/Puan perlu membuat tempahan sebanyak Rm150.00 ke akaun Maybank kami dan boleh berikan maklumat seperti di bawah.

REGISTRATION
name: ❓
H/P: +6******* (prefix<>no space)
IC/passport: ❓
email: ❓
address: ❓

EMERGENCY
name: ❓
H/P: +6******* (prefix<>no space)

────────────────────

AVAILABLE/REQUEST
car (A): ❓

traveling inside/outside penang
WHERE: ❓

PICKUP
date: ❓
time: ❓
location: ❓

RETURN
date: ❓
time: ❓
location: ❓

LENGKAPKAN SEMUA details ❓ untuk senang & pantas kita check slot yang available termasuk delivery & estimate harga secara TOTAL.

beserta bukti pembayaran tempahan yang telah dibuat dan disertai di sini.

Kami akan masukkan ke dalam sistem dan proses tempahan akan dilakukan selepas pembayaran dibuat ke akaun:

MAYBANK ACCOUNT:
557380416413
WS FESTIVE VENTURE

Peringatan sila beritahu selepas tempahan pembayaran dibuat.

Sekian Terima kasih.


MASYUKKK SELFIE kembali!
*Terbuka kepada semua pelanggan kereta sewa Festive Travel.

Saper nak hadiah iPhone 6S Plus FREE 31 MEI ni? 1 iPhone 6S Plus bernilai RM3388 untuk dimenangi!. Senang jer nak menang.

Pelawat